International Standard Of Islam.
Piawaian yang dilancarkan sebagai usaha untuk mencapai kecemerlangan kualiti melalui semangat yang digiatkan semula dalam diri manusia sebagai ciptaan Allah SWT yang paling mulia. Mengikut kaedah Islam dengan menjadikan Al-Quran dan sunnah sebagai sumber pengetahuan mutlak Prinsip Etika Kerja ISI-2020
Kebaikan Pelaksanaan ISI-2020
1. Memenuhi tuntutan fardhu kifayah umat Islam sebagai pengguna.
2- Mencapai kecemerlangan kualiti dari aspek rohani dan spiritual.
3- Memudahkan pengguna Islam dan bukan Islam dalam membuat pemilihan produk, perkhidmatan dan perniagaan .
4- Memudahkan organisasi mengenalpasti tugas dan melaksanakan kerja dengan langkah-langkah yang betul.
5- Mengurangkan kesalahan dan meminimakan risiko kesalahan daripada berulang dalam organisasi.
Sebagai konklusi ISI-2020 mampu menjadi alternatif kepada ISO di Malaysia. Umum diketahui Malaysian Standard, MS mempunyai piawaian yang berteraskan Islam juga. Contohnya Halal Logistics Standard MS 2400:2010 yang merangkumi keseluruhan aspek halalan toyyiba dari pembekal kepada proses pembuatan, seterusnya kepada peruncit dan akhir sekali kepada pengguna.
Jelas bahawa Malaysian Standard juga mempunyai piawaian kualiti berteraskan Islam. Oleh hal yang demikian ISI-2020 dan Malaysian Standard sendiri boleh melengkapi antara satu sama lain seterusnya mampu mengeluarkan persijilan piawaian.
Penting bagi negara Malaysia sendiri untuk memastikan kehalalan produk, servis mahupun bisnes yang berjalan di Malaysia.
1. Semua tindakan/pekerjaan yang dilakukan mempunyai tujuan yang baik.
2. Semua tindakan/pekerjaan yang ditawarkan atau dilakukan adalah untuk mendapat redha Allah SWT.
3. Semua tindakan/pekerjaan akan mendapat balasan pahala samada didunia mahupun diakhirat kelak.
4. Pihak yang berkepentingan termasuklah manusia, hidupan lain dan alam sekitar.
UIS-ISI 2020 SEBAGAI ALTERNATIF ISO DI MALAYSIA
ISO – International Standard Organization Organisasi piawaian kualiti antarabangsa. Memberi garis panduan akta-akta piawaian kualiti yang standard. Digunakan di seluruh pelosok dunia.
Objektif ISI-2020
Cemerlang tertumpu kepada etika kerja yang positif dan mampu mengimbang rohani dan bahan.
Menggubal dan membangunkan alat peningkatan kualiti alternatif
Untuk mewujudkan satu mekanisme yang berkesan untuk merealisasikan dan aplikasi prinsip-prinsip pengurusan islam
Bagi meningkatkan amalan pengurusan semasa melalui aplikasi prinsip asas nilai dan piawaian.
Untuk memasukkan secara universal unsur moral dan etika ke dalam proses kerja.
Hasil Soal Selidik
Antara Pengiktirafan ISI-2020 di Malaysia
Disediakan Oleh:
Faizun Bt. Nasarudin – B071410617 Nor Faizah Bt. Abdul Halim – B071410102 Chan Jing Ting – B071410235 Sulaiha Bt. Daud – B071410068
